Kelas Ms Excel BINGO Games & Create Name Tag

5 November 2018 | Aktiviti Terkini

4 November 2018 – Pada hari Ahad minggu ini, PI Linggi telah mengadakan Kelas Ms Excel BINGO Games & Create Name Tag. Ianya diadakan selama 4 jam bermula dari jam 10 pagi hingga ke jam 2 petang dan dihadiri oleh seramai 11 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Perkara yang diajar di dalam Kelas Ms Excel BINGO Games ini adalah sama seperti kelas minggu lepas kerana dihadiri oleh kumpulan pelajar yang berbeza. Di dalam Ms Excel, peserta di ajar tentang cara mengatur lebar kolum (column) & tinggi baris (row), membuat pilihan sel (select cell/range) membuat tabel (table), tetapan tulisan (font) dan mewarna sel. Cara mudah untuk memastikan peserta faham ialah dengan mengarahkan mereka membuat table 5x5 cell mengikut saiz yang diberi. Kemudian mengisikan nombor 1-25 ke dalam setiap kotak cell tersebut. Bagi menjadikan pembelajaran hari ini lebih menarik, peserta diajar untuk bermain permainan BINGO dengan menggunakan kotak bernombor yang telah disiapkan oleh semua peserta tersebut.

Dengan menggunakan ‘Roda Impian’ untuk memilih giliran peserta yang dibuat melalui https://www.classtools.net/random-name-picker/ . Peserta yang terpilih oleh roda impian ni perlu menyebut nombor yang mereka inginkan dan permainan diteruskan sehingga ada pemenang. Peserta merasa sangat teruja dan seronok sehingga meminta untuk bermain lagi berulang kali. Peserta yang berjaya turut mendapat hadiah cenderahati. Apa yang menarik ialah peserta boleh belajar dan mendapat ilmu dengan cara yang menyeronokkan.

Kelas seterusnya ialah Membuat Tag Nama dengan menggunakan open source dari laman web crello.com, pelajar dibimbing langkah demi langkah tentang cara menggunakan aplikasi ini bagi menjadikan ianya kreatif dan menarik. Hasil Tag Nama yang telah dicetak, di laminate dan diikat dengan reben untuk dibawa pulang oleh peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali